Siti Nurhaliza Kembali Ke Royal Albert Hall London

Siti Nurhaliza Bertudung_9

 

Ada ura-ura yang mengatakan penyanyi nombor satu negara ini bakal beraksi di pentas megah Royal Albert Hall di London lagi. Tak pasti pulak saya sama ada ini benar-benar akan berlaku atau masih dalam perancangan atau gosip semata-mata.

q1

 

 

Tapi ini yang aku nampak dekat Twitter milik Kak Rozi. Mungkin ada betulnya kot? Masih dalam perancangan tapi mahu digerakkan ke arah itu. Kalau betul menjadi kenyataan pun harap idea yang jauh lebih bernas dan kreatif dibawa ke sana. Mekanisme pun perlu lebih teratur dan lari daripada ‘kebiasaan’ sebab takut cliché dan membosankan.

Sebagai peminat, aku teringin juga tengok sekali lagi Siti nyanyi dekat sana tapi lebih bertenaga dengan rangkaian lagu yang lebih ada jiwa, lebih kena dan sesuai. Kalau diingat balik dulu banyak sangat lagu dari album terbaru dia masa tu, Prasasti Seni, sedangkan lebih bnyak lagu dia yang lain lagi layak untuk dipilih.

image

Dress yang dipakai Siti Nurhaliza waktu tu pun cantik gila dan sangat gojes. Harap kekalkan guna khidmat pereka fesyen yang sama atau sekurangnya sebaik yang itu. Yang sekarang ni? terlalu banyak sangat ropol rambu ramba, manik-manik segala. Penat mata peminat yang tengok dengan rekaan baju terlalu berat dengan detail macam sekarang ni. Macam sarkas dah. Sedangkan kecantikan Siti sangat natural dan perlu dibiarkan loose sebegitu rupa.

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s